Okay, seperti biasa, dipendekkan cerita, dalam lingkungan jam 2 petang kami telah berkumpul untuk sama-sama bertolak ke rumah beliau. Sebenarnya ada lah sedikit konflik semasa proses untuk ke rumahnya, walaubagaimanapun saya rasa tak perlu diceritakan sebab saya rasa malas nak cerita nokhtah haha. Okay seterusnya, perjalanan lebih kurang setengah jam dari Jitra ke Changloon (tempat tinggal Hilmi) kami telah meredah panas berapi suhu negeri ini dan akhirnya kami telah selamat sampai di kediamannya sekitar jam 3 petang.
Setibanya kami di kediaman beliau, kami disambut dengan meriah sekali oleh beliau sekeluarga termasuk ibu bapanya, toknya, kerabat-kerabatnya dan kawanya pun ada walaupun seorang jer, dah macam suasana hari raya dah saya tengok, tapi tak mengapa, itulah yang kita mahu, tak kira siapa yang berkunjung ke rumah kita, kita perlu memberi layanan yang baik. Bak kata orang tua-tua tetamu yang datang membawa rezeki dan sebagai tanda penghargaan, kami telah membawa sekotak buah limau sebagai tanda yang telah dinyatakan.
Tambahan lagi, kehadiran kami seramai lebih kurang 16 orang termasuk perwakilan dari kumpulan B&K2 dan junior 2ppismp B&K telah dimeriahkan dengan jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah, antara juadah yang telah disediakan ialah, pulut kuning, laksa, bihun, gulai ayam dan kuih muih, dalam erti kata lain memang puaslah kami melantak pada hari itu. Jadi, saya sebagai wakil rombongan mengucapkan banyak-banyak terima kasih di atas layanan yang teramat baik daripada pihak tuan rumah.
Seterusnya, memang tidak sah lah kalau pergi jalan-jalan ke rumah kawan kalau tak buat rondaan lokasi. Jadi, kami pun request lah nak ronda-ronda & biasalah nama pun negeri jelapang padi, jadi kami dibawa bersiar-siar ke sawah yang berdekatan dan di situ berlakulah satu tabiat normal muda-mudi di alam glokal ini, iaitu bergambar-gambar lah.
Selepas itu, kami pun kembali ke rumahnya, dan macam-macam lah aktiviti yang terjadi, ada yang sambung makan, ada yang sambung berborak dengan tuan rumah dan ada juga yang berborak sesama sendiri(pemalu lar tu huhu) dan ada yang keluar berjalan-jalan. Oleh kerana, macam-macam perangai mereka ini dan saya pun malas nak menulis lagi, jadi kemuncak ziarah kami dihidangkan sebiji buah tembikai yang ditolak ala malu-malu tapi mahu. Seterusnya, setelah selesai segalanya dan jam hampir menunjukkan pukul 5 petang, kami pun meminta diri untuk pulang ke medan perjuangan kami.
Jadi begitulah sedikit coretan outing pertama kami. Mungkin apa yang saya tulis ini bukanlah sebagaimana yang dirasakan oleh setiap insan yang hadir, kerna sudah tentu ada sesuatu yang menarik perhatian masing-masing secara individu. Walau apapun, inilah cerita kami pada hari itu. Akhir kata, saya mewakili setiap ahli rombongan mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada Hilmi sekeluarga kerana menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang amat baik. Semoga aktiviti-aktiviti yang akan datang juga akan berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang.
Sekian.
OTW ke Changloon |
Hilmi Alias (Tuan Rumah) |
makan-makan |
ronda-ronda sawah |
Lelaki Berbaju Merah, Ayah Hilmi |
Dari hadapan, Hilmi, Ibunya, Toknya, & Adiknya |
Sekian Terima Kasih.
Disediakan Oleh: Nik Syateer
No comments:
Post a Comment