Blog ini merupakan blog rasmi Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling 1 (BNK 1) ambilan Januari 2013 selepas menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Blog ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama daripada rakan kelas yang seramai 22 orang iaitu seramai 7 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

Tuesday 30 July 2013

Bakal guru perlu bersedia dengan pelbagai pengetahuan

KUALA LIPIS 23 Julai - Penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) diminta memasarkan diri dan bersedia dengan pelbagai pengetahuan serta kemahiran untuk memahami keperluan masyarakat sebelum memasuki alam perguruan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, kemahiran dan pengetahuan perguruan termasuk falsafah pendidikan merupakan antara platform meningkatkan kecemerlangan pelajar selari dengan acuan pembangunan modal insan di luar bandar.

"Saya berharap pengurusan IPG, pensyarah dan penuntut berkenaan dapat bekerjasama dengan penduduk luar bandar atau pedalaman termasuk Orang Asli untuk menerapkan kemahiran pembelajaran serta motivasi bagi memacu kejayaan pelajar.

"Inilah pengalaman sebenar apabila penuntut yang bakal bergelar pendidik nanti turun padang bersama penduduk untuk mengubah sikap masyarakat supaya peka sekali gus menyahut aspirasi transformasi pembangunan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penuntut (JPP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Lipis di Hotel D'Valley, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah IPGKTAA, Datuk Jaafar Idris; Timbalan Pengarahnya, Mohd. Nordin Abdullah dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dzulkarnain Mat.

Menurut Mustapa, latihan tersebut sentiasa berubah dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) baharu di samping kemahiran psikologi untuk menghadapi cabaran seperti kematangan dan sosial pelajar yang bermula di peringkat prasekolah.

Tambahnya, penuntut di institusi itu perlu memenuhi keperluan masyarakat setempat di daerah ini dalam memahami masalah pelajaran di luar bandar sebagai asas membentuk kepimpinan sebagai seorang profesional.

Katanya, kerjasama dengan IPG itu antara usaha dalam menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sejajar matlamat menjadi negara maju menjelang 2020.


Sumber: http://www.utusan.com.my/

ARKIB : 24/07/2013

Lepasan IPG diseru terus timba ilmu - Mohd. Said

JOHOR BAHRU 16 Julai - Seramai 189 graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim di sini, dianugerahkan Diploma Perguruan sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-45 institut tersebut baru-baru ini.

Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Mohd. Said Hasran berkata, beliau berharap mereka yang menerima diploma tersebut akan terus berusaha mencari ilmu meskipun sudah meninggalkan alam pengajian formal.

Menurutnya, dengan terus menimba ilmu dalam pelbagai cara diharap mampu memberi pengalaman yang tidak ternilai dalam usaha mendidik anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa akan datang.

"Dengan tamatnya majlis, maka sempurnalah sudah perjalanan graduan dalam menuntut ilmu dan saya berharap tidak terhenti di sini sahaja kerana banyak lagi yang boleh dipelajari mereka di luar sana.
"Tanda orang berilmu adalah pada watak dan adabnya dan bukan semata-mata pada sijil dan kelulusannya sahaja," katanya kepada pemberita dalam majlis konvokesyen tersebut yang diadakan di institut berkenaan di sini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru.

Mereka terdiri daripada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Dalam masa sama, Mohd. Said turut menyeru mereka menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sekali gus menjadikan sekolah sebagai 'tapak semaian' penting bagi memupuk perpaduan dan semangat integrasi nasional.

"Kejayaan menamatkan kursus yang dihadiri meletakkan martabat latihan perguruan ke tahap yang membanggakan. Jadi, saya berharap kejayaan tersebut dapat dijadikan pemangkin untuk mendidik anak bangsa yang cemerlang," katanya.

Beliau turut berharap IPG Kampus Temenggong Ibrahim akan terus unggul dalam melahirkan ahli profesional dalam bidang perguruan yang mempunyai wawasan dan daya inovasi berasaskan budaya ilmu serta etika kerja berkualiti dan berintegriti.


Sumber: http://www.utusan.com.my

ARKIB : 17/07/2013

Friday 26 July 2013

Jom Rilexs : Lesen, Otak, Kad Pengenalan dan Gila


Mak : Lesen ! tolong beli santan !

Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !

Mak : Otak ! tolong mak beli santan !

Otak : Otak tgh berak la , mak !

Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !

Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !

Mak: Gila , tolong beli santan !

Gila: Ok , mak !

Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?

Polis : Mana lesen ?

Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.

Polis : Kad pengenalan kamu mana ?

Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.

Polis : Kamu tak ada otak ke ?

Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama
adik beradik saya encik tahu.

Polis : Awak ni gila , ya ?

Gila : Ya..nama saya Gila..

Polis : @*@^#%!!

Tuesday 23 July 2013

Jaga Bahasa Anda Bila Berbicara

Bahasa adalah seperti kapal yang sarat dengan berbagai muatan. Ia bukan setakat mengandungi makna perkataan-perkataan yang kita gunakan. Ia juga memberi tahu berbagai-bagai maklumat berkenaan diri si pengguna bahasa itu. Dengan mendengar bahasa yang digunakannya, orang lain dapat mengetahui banyak maklumat berkenaan peribadi si penutur, sebagai contoh, dia boleh tahu sama ada si penutur mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempunyai pendidikan tinggi ataupun rendah, serta bidang pendidikannya. Orang juga boleh tahu emosi yang sedang dirasakannya waktu itu serta sikapnya, iaitu sama ada dia seorang bersikap positif ataupun negatif.

Friday 19 July 2013

Tips Penjagaan Bateri Laptop

Pada hari rabu (17/7/2013) yang lalu, saya ke kedai First Star(kedai baiki alaatan komputer) untuk menukar bateri laptop, sebab bateri saya sudah pun 'kong'(rosak). Selepas berbincang tentang pembayaran aku pun kembali ke kolej kediaman. Masa tu saya just bayar deposit sahaja, sebab bateri perlu ditempah. Keesokan harinya saya telah menerima satu panggilan dari First Star dan beliau mengatakan tempahan sudah sampai, syukur saya hanya perlu menanti dalam masa sehari sahaja. Seterusnya, saya pun ke sana dan semasa nak menjelaskan pembayaran, kakak pekerja kedai tu ada lar bagi sedikit nasihat tentang penjagaan bateri & She said,
  • Untuk bateri baru kita perlu charge lebih kurang 8 jam.
  • Untuk masa-masa yang lain, jika komputer shutdown kita hanya boleh charge selama 3 jam,
  • Semasa kita guna laptop, kita juga boleh charge, tetapi jangan melebihi 6 jam. Begitu juga untuk laptop yang on tapi tak digunakan.
  • Bagi yang tidak ingin menggunakan bateri atau ingin menggunakan charger laptop sahaja, terlebih dahulu anda perlu pastikan bateri anda sudah  full atau penuh sebelum bateri ditanggalkan. Seterusnya, simpan bateri tersebut di tempat yang selamat dan elok, seperti di dalam kotak.
  • Tapi ingat, jangan tidak guna bateri tersebut dalam jangka masa yang lama sehingga melebihi dua minggu, anda juga perlu menggunakan ia agar ia sentiasa dalam keadaan yang baik.
  • Akhir sekali, jangan over charging.
Itu sahaja yang masih segar dalam ingatan saya untuk dikongsikan. Kesimpulannya, mencegah itu lebih baik dari merawat, sekali rawat RM220 terbang woooo.. pedih rasanya hehehe.. (dalam hati baru jer dapat elaun, dah kena labur huhu)

Sekian, terima kasih.
{Versi Perkongsian Kepada Rakan-Rakan Seperjuangan}

Tuesday 16 July 2013

Paradigma Kejayaan Inovasi

Paradigma ialah andaian-andaian yang dilakukan bagi menjadi orang yang berjaya.
Ia terarah kepada diri sendiri melalui model, contoh ataupun prototaip. 
Inovasi masa hadapan memerlukan paradigma yang bersandarkan kepada kejayaan sebenar.
Dengan ini ia menjelaskan bagaimana mencipta kejayaan inovasi menggunakan paradigma baru.
                                            [Ahmad Naim Jaafar & Helmi Suhaimi (2010)]


Monday 15 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan



Kelebihan Bulan Ramadhan: 

Tarikh: 
 Feb 20, 2010
Riwayat: 
 Riwayat Bukhari & Muslim
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.
Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.