Blog ini merupakan blog rasmi Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling 1 (BNK 1) ambilan Januari 2013 selepas menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Blog ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama daripada rakan kelas yang seramai 22 orang iaitu seramai 7 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

Friday 31 January 2014

Gong Xi Fa Cai

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat Semua Masyarakat Tionghoa di Malaysia,
Ikhlas daripada kami:
Mahasiswa Bimbingan & Kaunseling (3PISMP B&K1)  IPG Kampus Darulaman, Kedah.


Thursday 23 January 2014

Tahniah : PRK IPG Kampus Darulaman

Tahniah!!!
calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus yang diadakan semalam(22 Januari 2014), terutamanya kepada calon daripada 3PISMP B&K-1:

Menyandang Kerusi Timbalan Exco HELWANI

Menyandang Kerusi Timbalan Exco Kolej Kediaman

Disediakan Oleh: Nik Syateer

Saturday 18 January 2014

Takziah, AL-FATIHAH

Salam Takziah buat keluarga Allah Yarhamah Puan Azizah Aziz, 
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Arwah merupakan Pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,
 IPG Kampus Darulaman.
Beliau telah kembali ke Pangkuan Ilahi pada jam 11 pagi tadi (18/1/2014) selepas terjatuh dari tangga.
AL-FATIHAH

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )


Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.  
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)


Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :                                                                                           
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."                                               
(Surah an-Nisaa' ayat 78)


#gambar arwah tidak disertakan bagi menjaga perasaan ahli keluarga beliau.

Demam Pilihan Raya Kampus IPGK Darulaman

Korang... korang kelas kami hantar wakil tahun ni untuk bertanding dalam Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2014/2015. Siap dua orang lagi tau, tapi wakil dari permpuan sahaja lar, lelaki next-next year ok huhu.
Ok, kalau nak diceritakan dua orang calon ni memang susah untuk dipertikaikan dari segi akhlak, kepimpinan, kerja & sebagainya. Bak kata orang, memang berketerampilan lah. 
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan kejayaan mereka dalam pilihan raya kali ini dan agenda politik mereka dapat dilaksanakan dengan jayanya dan seterusnya dapat  membawa transformasi di bumi IPGKDA ini. Kepada peajar-pelajar IPGK Darulaman, jangan lupa pada 20 Januari ini hari pidato calon dan 22 Januari 2014 ini hari mengundi. Dan yang PENTING jangan lupa UNDI mereka.


Fighting!!!!

Inilah Pilihan Anda 





Good Luck!!!


Wednesday 15 January 2014

Outing #1 : Ziarah Mahabbah Ke Kediaman Keluarga Hilmi Alias

       Pada 14 januari yang lalu iaitu hari cuti umum untuk sambutan Maulidur Rasul, kami buat pertama kalinya menjayakan apa yang telah kami bincangkan berkenaan aktiviti yang ingin dijalankan pada semester ini dan untuk aktiviti sulung ini kami telah membuat keputusan untuk outing ke rumah saudara Hilmi Alias, iaitu rakan sekelas kami ("bukan siapa-siapa pun huhu"), ini kerana beliau merupakan satu-satunya insan yang tinggal di negeri jelapang padi ini iaitu di mana tempat kami menimba ilmu, sebab itulah kami memanafaatkan cuti di rumahnya.


      Okay, seperti biasa, dipendekkan cerita, dalam lingkungan jam 2 petang kami telah berkumpul untuk sama-sama bertolak ke rumah beliau. Sebenarnya ada lah sedikit konflik semasa proses untuk ke rumahnya, walaubagaimanapun saya rasa tak perlu diceritakan sebab saya rasa malas nak cerita nokhtah haha. Okay seterusnya, perjalanan lebih kurang setengah jam dari Jitra ke Changloon (tempat tinggal Hilmi) kami telah meredah panas berapi suhu negeri ini dan akhirnya kami telah selamat sampai di kediamannya sekitar jam 3 petang.


    Setibanya kami di kediaman beliau, kami disambut dengan meriah sekali oleh beliau sekeluarga termasuk ibu bapanya, toknya, kerabat-kerabatnya dan kawanya pun ada walaupun seorang jer, dah macam suasana hari raya dah saya tengok, tapi tak mengapa, itulah yang kita mahu, tak kira siapa yang berkunjung ke rumah kita, kita perlu memberi layanan yang baik. Bak kata orang tua-tua tetamu yang datang membawa rezeki dan sebagai tanda penghargaan, kami telah membawa sekotak buah limau sebagai tanda yang telah dinyatakan.

    Tambahan lagi, kehadiran kami seramai lebih kurang 16 orang termasuk perwakilan dari kumpulan B&K2 dan junior 2ppismp B&K telah dimeriahkan dengan jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah, antara juadah yang telah disediakan ialah, pulut kuning, laksa, bihun, gulai ayam dan kuih muih, dalam erti kata lain memang puaslah kami melantak pada hari itu. Jadi, saya sebagai wakil rombongan mengucapkan banyak-banyak terima kasih di atas layanan yang teramat baik daripada pihak tuan rumah.

     Seterusnya, memang tidak sah lah kalau pergi jalan-jalan ke rumah kawan kalau tak buat rondaan lokasi. Jadi, kami pun request lah nak ronda-ronda & biasalah nama pun negeri jelapang padi, jadi kami dibawa bersiar-siar ke sawah yang berdekatan dan di situ berlakulah satu tabiat normal muda-mudi di alam glokal ini, iaitu bergambar-gambar lah.



     Selepas itu, kami pun kembali ke rumahnya, dan macam-macam lah aktiviti yang terjadi, ada yang sambung makan, ada yang sambung berborak dengan tuan rumah dan ada juga yang berborak sesama sendiri(pemalu lar tu huhu) dan ada yang keluar berjalan-jalan. Oleh kerana, macam-macam perangai mereka ini dan saya pun malas nak menulis lagi, jadi kemuncak ziarah kami dihidangkan sebiji buah tembikai yang ditolak ala malu-malu tapi mahu. Seterusnya, setelah selesai segalanya dan jam hampir menunjukkan pukul 5 petang, kami pun meminta diri untuk pulang ke medan perjuangan kami.

    Jadi begitulah sedikit coretan outing pertama kami. Mungkin apa yang saya tulis ini bukanlah sebagaimana yang dirasakan oleh setiap insan yang hadir, kerna sudah tentu ada sesuatu yang menarik perhatian masing-masing secara individu. Walau apapun, inilah cerita kami pada hari itu. Akhir kata, saya mewakili setiap ahli rombongan mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada Hilmi sekeluarga kerana menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang amat baik. Semoga aktiviti-aktiviti yang akan datang juga akan berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang.

Sekian.


Koleksi Gambar

OTW ke Changloon
Hilmi Alias (Tuan Rumah)

makan-makan
ronda-ronda sawah




Lelaki Berbaju Merah, Ayah Hilmi

Dari hadapan, Hilmi, Ibunya, Toknya, & Adiknya


Sekian Terima Kasih.

Disediakan Oleh: Nik Syateer