Blog ini merupakan blog rasmi Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling 1 (BNK 1) ambilan Januari 2013 selepas menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Blog ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama daripada rakan kelas yang seramai 22 orang iaitu seramai 7 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

Friday 30 August 2013

Pesan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah Sempena Kemerdekaan Ke-56

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56.
Marilah kita jadi warga yang sayangi Negara dengan:

1. Mendoakan kesejahteraan negara
2. Mendoakan pemimpin agar mentadbir dengan berintegriti dan dapat petunjuk Allah
3. Doakan rakyat agar cemerlang, bersatu dan dapat hidayah Allah
4. Kita berusha jadi org yang baik agar bertindak sebagai ASET kepada Negara

5. Elak sabotaj atau memalukan negara
6. Bersyukur dan bangga jadi rakyat Malaysia.

Mohon JGN BERPOLEMIK dgn post saya kali ini. Wassalam.
[Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Sumber: Facebook]


SALAM KEMERDEKAAN,
 SEMOGA JIWA DAN FIKIRAN KITA JUGA MERDEKA. :)



Sunday 25 August 2013

Bicara Sentuhan Prof Dr Muhaya #1/22-23/8/13

..Kehidupan ini dipenuhi dengan kasih sayang Allah dan jangan lupa untuk memberi kasih sayang yang sama kepada setiap makhluk Allah yang lain dan setiap orang yang kita jumpa. Tunjukkanlah kasih sayang dengan ikhlas bukan hendak menunjuk-nunjuk kerana Allah mengetahui apa yang diniatkan di dalam diri kita..

..Manusia yang berjaya dalam kehidupan ialah manusia yang tahu apa yang diinginkan. Fokus di dalam sesuatu perkara dan matlamat anda..

..Setiap manusia menjalani kehidupan yang berbeza. Apabila fokus utama kita hanyalah kepada apa yang dinilaikan baik disisi Allah, maka buatlah apa yang kita mahu dan lakukanlah amalan seperti apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang maka hidup kita akan sempurna dan berjaya. InsyaAllah..

..Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang m
embuatkan kita rasa tabah. Apabila orang sakitkan hati kita dengan tidak bertegur sapa, maka kita patut bersyukur kerana sikapnya mengajar kita erti ketabahan..

..Orang yang berjaya akan menjaga kesihatannya dengan menjaga setiap apa yang dimakan. Seperti mana dia menjaga apa yang masuk ke minda begitu jugalah apa yang masuk ke fizikal kita. Utamakan benda-benda yang memberi manfaat positif kepada fizikal dan mental kita, agar hidup sentiasa sihat sejahtera..

..Renungilah diri sendiri di dalam kehidupan seharian. Adakah kita daripada golongan yang berfikiran positif ataupun negatif? Jika negatif, maka ubahlah pemikiran kita ke arah positif kerana tindak balas kita itu mencerminkan pemikiran yang akan membentuk kehidupan..

..Kebanyakan manusia suka berebut-rebut dalam perkara yang mendatangkan keuntungan sehingga sanggup melakukan perkara yang negatif. Walhal sekiranya mereka mengetahui, rezeki Allah SWT tersangatlah luas dan melimpah ruah serta tidak akan habis..

..Muhasabah diri adalah perkara paling baik yang perlu kita lakukan. Renungkan nasib diri dan lihat kehidupan kita sekarang. Segala sesuatu yang kita perolehi sekrang adalah hasil daripada ketulusan pemikiran kita sebelum ini..

..Kita selalu sangat fikir apa orang kata dan menjalani kehidupan berdasarkan apa orang kata. Jangan biarkan apa orang kata mempengaruhi kita..

..Kita makhluk Allah yang paling baik ciptaannya dengan potensi besar dan pelbagai. Jika kita tidak berjaya mencapai sesuatu yang diingini, bukan salah sesiapa tetapi pilihan yang kita buat setiap saat. Niatkan hendak berubah dengan melihat sistem kepercayaan dan tabiat kita. Selagi kita tidak mengubah perkara ini, hidup tidak akan berubah..

..Apa yang kita kedekut untuk memberi akan hilang dan apa yang kita beri akan bertambah. Marilah niat supaya lebih murah hati esok hari dan seterusnya, InsyaAllah..

..Tidak ada manusia yang tidak ada masalah kerana dunia ini bukan syurga. Hanya di Syurga tidak ada masalah. Tugas kita ialah apa respons kita terhadap masalah. Menjadi kewajipan orang beriman untuk tahu hikmah di atas segala masalah..

..Cara kita melayan ibu bapa kita mempengaruhi cara anak kita melayan kita. Maka itu, tunjukkan contoh yang baik, bagaimana sikap kita terhadap ibu bapa kita. Sebab apa yang kita buat itulah yang kita dapat, (ada-beri-dapat).

..Jom bahagia dan membahagiakan diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling dengan perubahan paradigma hidup kita. Ikuti pelbagai program dan seminar islamik, kemasyarakatan dan silaturrahim bagi mencari ilmu memperbaiki kelemahan diri..

..Seorang wanita, jika ada lelaki yang sudi memperisterikannya, dan mempunyai zuriat, sudah ada 'syurgalah' dalam hidupnya di dunia ini. Banyak orang masih sibuk mencari 'syurga' di tempat lain kerana sentiasa berasa hidupnya tidak lengkap. Manusia begini ialah manusia yang tidak pernah mensyukuri nikmat Allah. Dalam hati dan mindanya sentiasa berlegar-legar pelbagai persoalan yang tidak sepatutnya ditimbulkan dan dipertikaikan. Kata-kata yang biasa lahir dari mulut manusia yang begini adalah kata-kata negatif seperti 'kalau', 'sepatutnya' dan pelbagai lagi kata-kata negatif yang tidak wajar dibiarkan bertapa minda dan bersemadi dihati..

..Percaya kepada kebolehan diri sendiri, hati yang sarat prasangka perlu didamaikan, ketepikan bisikan yang mencakar sanubari menyuntik hasad dengki, jeritan kegusaran laungan hati jangan dibiarkan bersarang dihati berhari-hari, bisikan batin yang sia-sia jangan terbiasa..


Saturday 24 August 2013

Fasa-Fasa (Proses) Kaunseling

Klik imej untuk gambar yang jelas
  Terdapat pelbagai pandangan mengenai tahap-tahap dalam sesi kaunseling. Perbezaan tahap ini adalah bergantung kepada pendapat penulis atau pengkaji itu sendiri.

TAHAP-TAHAP KAUNSELING

PRASESI

Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling.(Mizan & Halimatun)



Persediaan merangkumi aspek:
                (a) situasi di mana khidmat kaunseling diberikan.
                (b) jenis klien (dirujuk atau datang secara sukarela.)

Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memastikan sesi kaunseling berjalan lancar.
Sebelum sesi kaunseling dimulakan,kaunselor hendaklah:

  1. Menyediakan borang yang berkaitan,contohnya borang maklumat latarbelakang murid,borang temujanji, borang rujukan dan lain- lain.
  2. Maklumat latarbelakang- umur,darjah,ahli keluarga, masalah ingin dibincang,rujukan kes dll.
  3. Menyemak  diskripsi tugas klien.
  4. Menyemak rekod- rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
  5. Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.

MEMBINA HUBUNGAN

Shertzer dan Stone (1968) –
menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi menolong.


Tujuan :
  1. menimbulkan kemesraan, keakraban, saling   mempercayai , membina keyakinan dan membentuk suasana selamat serta selesa antara kaunselor dan klien
  2. Membina persefahaman yang baik
  3. Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong
Beberapa Perkara Yang Perlu Dititikberatkan
•          Suasana terapeutik
•          Ruang untuk berkomunikasi
•          Penampilan diri
•          Ekspresi muka
•          Pertemuan mata
•          Cara duduk dalam sesi kaunseling
•          Pergerakan tangan dan kaki


  Menurut Sipora (2003), sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah pembolehubah penting, persekitaran fizikal yang kondusif, dilengkapi perabot dan susunan yang selesa adalah asas menggalakkan perhubungan. Kemesraan kaunselor akan menunjukkan minatnya, perhatiannya, kerelaa dan kesediaannya terhadap persoalan klien.

  Pada tahap ini juga penstukturan digunakan bagi membantu klien mengetahui jangkaan sebenar mengenai kaunselor dan kaunseling dan memberitahu klien beberapa idea yang terlibat dalam metod dan tujuan kaunseling.


MENEROKA, ANALISIS  MASALAH

  Membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, kepercayaan, harapan, cita-cita, aspirasi, sikap, helah bela diri serta kemahiran coping yang digunakan
Penerokaan perlu bergerak daripada permukaan (surface) ke  tahap yang mendalam
Tujuan:
•          supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul
•          membantu klien menganalisis masalah dengan lebih objektif
•          Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan kelemahan diri


satu perkara penting dalam tahap ini ialah, begitu banyak maklumat mungkin diperolehi, kaunselor perlu membawa klien meneroka satu masalah yang dirasakan penting secara lebih mendalam.

MENGENAL PASTI MASALAH

  Tahap klien bersama kaunselor mencapai kesepaduan mengenai masalah yang dihadapi oleh klien.
Klien menyedari kelemahan dan masalah yang dihadapi selama ini.

Sipora (2003) menyatakan dua kemahiran utama yang digunakan oleh kaunselor dalam mengenalpasti persoalan adalah kemahiran mendengar dan meneroka. 

Proses meneroka harus menekankan aspek kemahiran menyoal.


Pada tahap ini 2 tugasan mesti dilaksanakan iaitu:
  1. Matlamat kaunseling telah sama-sama dipersetujui.
  2. Kaunselor bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana serta apakah strategi yang hendak digunakan
Kepentingan tahap ini ialah ia merupakan satu persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Dengan persetujuan ini, maka mudah bagi menentukan satu matlamat yang boleh merungkai persoalan yang dinyatakan. Persetujuan ini akan menentukan halatuju kejayaan klien.

MEMBINCANG ALTERNATIF

  Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah yang boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif hanya dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas. Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu di ambil.

  Jelas di sini bahawa dalam fasa membincangkan alternatif, memerlukan klien membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih. Matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah dipersetujui bersama. Tahap ini akan menyediakan klien untuk merangka alternatif mengikut kemampuannya sendiri yang mana ia akan merasa selesa dalam mengurus masalah yang dialami.

MENGAMBIL TINDAKAN

  Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif  tersebut.
Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira keupayaan klien untuk melaksanakan tindakan tersebut.
Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan tekanan kepada diri klien untuk dilaksanakan.

MENAMATKAN  SESI

  Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. (Selepas klien dapat menentu dan memilih alternatif yang dirasakan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya)
Penamatan dapat dilakukan apabila klien menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak lagi memerlukan kaunseling.
Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor menganggap diri tidak lagi dapat membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor merujuk klien kepada pihak lain.
Menurut Mizan (2002), semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Penamatan dapat dibuat sekiranya klien merasakan sudah membuat keputusan dan dapat menghadapi masalahnya berdasarkan tindakan yang telah dibincangkan.



Monday 19 August 2013

Mahasiswa IPG Mengutuk Rampasan Kuasa Mesir

[Kenyataan Rasmi dari Mahasiswa Pendidik Institut Pendidikan Guru(IPG)]



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan ini, Kami, Gabungan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG selaku Pemimpin Mahasiswa Pendidik mewakili seluruh Mahasiswa pendidik IPG di seluruh Malaysia dengan ini mengutuk sekeras kerasnya pencabulan sistem demokrasi yang berlaku di Mesir.Tindakan keterlaluan tentera di bawah As Sisi dengan mengorbankan ribuan malah mencederakan ratusan ribuan rakyat yang tidak bersalah dan sepatutnya dilindungi dengan sewenangnya ditumpahkan darah seterusnya mengakibatkan peningkatan angka kematian berterusan merupakan salah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan jelas mencabuli hak asasi manusia!

Sebagai sebuah negara yang berpaksi kepada sistem demokrasi dan pemilihan pimpinan pemimpin melalui sistem pilihanraya , kami berharap Malaysia mula berdiri dengan gah dan seratus peratus menyokong Presiden Morsi memandangkan kepada pemilihan beliau yang mengikut kepada undang-undang dan prinsip demokrasi pilihanraya yang sah.Semoga Malaysia mula mewarnai landskap sistem demokrasi negara dengan mengambil tindakan sewajarnya dan terlibat secara langsung di dalam membantu menangani dan meredakan isu ini yang kian parah kerana ini bukan sahaja isu negara, bahkan satu isu yang berpaksi kepada ummah dan agama islam itu sendiri.

Kami menyeru kepada seluruh pihak yang terlibat untuk menyalurkan informasi secara berterusan dan telus kepada seluruh rakyat malaysia khususnya kepada pihak yang berwajib supaya setiap ruang dapat kita manfaatkan bersama .

Kepada seluruh pimpinan mahasiswa pendidik di seluruh Malaysia ,kami menyeru supaya mengiatkan usaha menyampaikan maklumat semasa dan terkini kepada seluruh mahasiswa pendidik samada berbentuk penulisan,perkongsian melalui media, seminar atau sebagainya yang dapat difikirkan dalam memastikan kelangsungan isu fundemental ini berterusan.

YANG DIPERTUA JPP IPGK berdiri sebulat kata dalam isu ini dengan semua para pemimpin mahasiswa yang berada di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti dan seluruh mahasiswa serta rakyat Malaysia supaya berterusan cakna dan prihatin terhadap isu ini.

-Intan surullaha yansurukum ...wayustabbit aqdamakum!-
Ayuh bersama mula melazimkan qunut nazilah di dalam setiap doa dan kita titipkan doa yang berterusan tanpa henti kepada seluruh saudara yang berada Mesir.Semoga Mesir dan negara-negara yang ditindas diberi kemudahan dan bantuan dari Allah Subhanahuwataala-AMIN!

M.ASYRAAF AZHAR NOR ADZMAN
YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM





BERSAMA MENYOKONG YDP GMPIPGK:

Institut Perguruan Perlis
Behor Pulai,
1000 Kangar,
Perlis

Institut Perguruan Darul Aman
Bandar Darul Aman,
6000 Jitra,
Kedah

Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Jln Kuala Ketil,
09200 Sungai Petani,
Kedah

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
Bukit Coombe ,
11700,
Pulau Pinang

Institut Perguruan Tuanku Bainun
Mengkuang, Kubang Semang,
14000 S.Perai
Pulau Pinang

Institut Perguruan Ipoh
Hulu Kinta,
31150 Ipoh,
Perak

Institut Perguruan Islam
Beg Berkunci No. 214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi
Selangor

Institut Perguruan Raja Melewar
Jalan Sikamat,
Beg Berkunci No. 43,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Institut Perguruan Perempuan Melayu
Jalan Tun Fatimah,
Durian Daun,75400
Melaka

Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru,
Johor

Institut Perguruan Tun Hussein Onn
Km 7.75 Jalan Kluang,
Karung Berkunci 524
83009 Batu Pahat,
Johor

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Km 10,Jalan Padang Tengku,
27200 Kuala Lipis,
Pahang

Institut Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu

Institut Perguruan Sultan Mizan
Kg Raja (Kota Putera),
22200 Besut
Terengganu

Institut Perguruan Kota Bharu
Pengkalan Chepa,
16109 Kota Bharu,
Kelantan

Institut Perguruan Gaya
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu,
Sabah

Institut Perguruan Keningau
Beg Berkunci 11,
89009 Keningau
Sabah

Institut Perguruan Kent
Peti Surat 2,
89207 Tuaran,
Sabah

Institut Perguruan Tawau
KM 36, Jalan Balung,
Beg Berkunci No. 27,
91009 Tawau
Sabah

Institut Perguruan Batu Lintang
Jalan College,
93200 Kuching,
Sarawak

Institut Perguruan Rajang
96500 Bintangor,
Sarawak

Institut Perguruan Sarawak
Jalan Bakam,
98009 Miri,
Sarawak

Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Jln Datuk Mohd Musa,
Kota Samarahan,
94300 Kuching
Sarawak

Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa
Lembah Pantai, 59200
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia
Peti Surat 5002,
59990 Lembah Pantai,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Institut Perguruan Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Abdul Razak, 56000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Institut Perguruan Teknik
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Abdul Razak, 56000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia
Aras 7 & 8, Block Menara IPBA
Lembah Pantai, 59200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Sunday 18 August 2013

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) a.k.a Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)


Selamat menjalani program PBS kepada seluruh mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1,2, dan 4 di seluruh Malaysia. Semoga melalui program ini kita memperolehi ilmu yang berguna untuk masa depan kita.

Tarikh PBS;

Kedah, Kelantan dan Terengganu : 18 Ogos 2013 - 22 Ogos 2013
Lain-lain negeri : 19 Ogos 2013 - 23 Ogos 2013

Saturday 17 August 2013

Bengkel Gempur EXAM

Berita baik untuk anda!!!

Bengkel Gempur E.X.A.M.

Akan membantu anda (atau anak anda) mengatasi masalah:
  • Kurang yakin untuk peperiksaan
  • Kurang yakin dengan kemampuan diri
  • Buntu belajar disaat akhir
  • Malas

Coach: Zari Effendi 

Sila hubungi 019-5262 474 (Encik Khairul) untuk maklumat lanjut

Nota Sebaran

Makluman:
~Entri ini adalah satu perkongsian maklumat berkenaan apa yang diperolehi (admin), sebarang pertanyaan atau aduan sila rujuk pihak yang berkaitan.

Thursday 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya mewakili seluruh mahasiswa pend. Bimbingan & Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan seluruh warga IPDA khasnya.

Maaf Zahir & Batin.

Raikan Syawal ini dengan penuh keceriaan, kebahagiaan serta kasih-sayang bersama saudara-mara serta  kenalan. ^_^





[Admin]

Friday 2 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Dan Sambutan Hari Lahir

Aktiviti: Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Hari Lahir Hazim & Man Joo
Tempat: Restoran Nibong Desa, Bandar Darulaman Jitra
Tarikh: 29 Julai 2013
Masa: 6.45 p.m.- 8.45 p.m. [LK]
Ahli Hadir: 21




Berbuka Puasa











Sambutan Hari Lahir Selepas Selesai Menjamah Hidangan Berbuka

Man Joo & Hazim



Bergambar Untuk Kenang-Kenangan





Semoga Aktiviti Seperti Ini Dapat Diteruskan Lagi Pada Masa Akan Datang. InsyaALLAH
& Semoga Persahabatan Yang Terjalin Sentiasa DiberkatiNya.

Sekian..

"Selamat Berpuasa"