Pada hari rabu (17/7/2013) yang lalu, saya ke kedai First Star(kedai baiki alaatan komputer) untuk menukar bateri laptop, sebab bateri saya sudah pun 'kong'(rosak). Selepas berbincang tentang pembayaran aku pun kembali ke kolej kediaman. Masa tu saya just bayar deposit sahaja, sebab bateri perlu ditempah. Keesokan harinya saya telah menerima satu panggilan dari First Star dan beliau mengatakan tempahan sudah sampai, syukur saya hanya perlu menanti dalam masa sehari sahaja. Seterusnya, saya pun ke sana dan semasa nak menjelaskan pembayaran, kakak pekerja kedai tu ada lar bagi sedikit nasihat tentang penjagaan bateri & She said,
- Untuk bateri baru kita perlu charge lebih kurang 8 jam.
- Untuk masa-masa yang lain, jika komputer shutdown kita hanya boleh charge selama 3 jam,
- Semasa kita guna laptop, kita juga boleh charge, tetapi jangan melebihi 6 jam. Begitu juga untuk laptop yang on tapi tak digunakan.
- Bagi yang tidak ingin menggunakan bateri atau ingin menggunakan charger laptop sahaja, terlebih dahulu anda perlu pastikan bateri anda sudah full atau penuh sebelum bateri ditanggalkan. Seterusnya, simpan bateri tersebut di tempat yang selamat dan elok, seperti di dalam kotak.
- Tapi ingat, jangan tidak guna bateri tersebut dalam jangka masa yang lama sehingga melebihi dua minggu, anda juga perlu menggunakan ia agar ia sentiasa dalam keadaan yang baik.
- Akhir sekali, jangan over charging.
Sekian, terima kasih.
{Versi Perkongsian Kepada Rakan-Rakan Seperjuangan}
No comments:
Post a Comment