Pepatah melayu ada mengatakan 'ular menyusur akar tiada hilang bisanya', ya, saya pasti anda tahu maknanya. Jadi, apakah anda pernah melihat seorang raja bersama rakyatnya tanpa istiadat-istiadat tertentu? apakah anda tidak pernah melihat seorang pemimpin sesebuah kerajaan berada dalam situasi sebagaimana rakyat biasa? Justeru itu, apakah persepsi anda? Adakah anda menganggap mereka itu kolot dan mencemarkan maruah mereka? Saya yakin anda mengatakan sebaliknya, malahan anda begitu kagum dengan sifat mereka yang rendah diri dan tidak angkuh.
Jadi, adakah sekarang anda menganggap kesombongan itu perlu bertakhta dalam diri anda? Saya amat yakin bahawa sombong hanya memberikan jawapan tomahan masyarakat yang memberi kesan kesengsaraan hati kita sendiri. Kan lebih elok kita bergaul dengan semua orang tanpa seiring dengan keangkuhan, ia sudah tentu memberikan ketenangan jiwa kepada diri kita dan orang lain.
Seperkara lagi, bila kita berada dalam kedudukan yang baik sebagai contoh dari segi akhlak atau budi pekertinya, atau mungkin kita sudah berubah ke arah kebaikan. Apakah perlu kita meninggalkan insan yang sering bersama kita dulu iaitu mereka yang masih belum berubah? dan memandang negatif kepada mereka. Pada saya, adalah lebih elok untuk membawa mereka bersama dengan kita dan bergaul dengan mereka secara normal dan dengan baik. Kalau tidak secara mengejut mereka berubah, mungkin secara berperingkat, dan ia lebih baik daripada terus hanyut.
Konklusinya, kesombongan dalam diri ibarat api yang membakar bara, sedikit demi sedikit memberi kepedihan kepada diri.
Wallahu'alam, Sekian Terima Kasih.
Disediakan Oleh: Nik Syateer
Disediakan Oleh: Nik Syateer
*jika ada tambahan atau pandangan, sila tinggalkan di ruang komen.
No comments:
Post a Comment