Adalah normal bagi manusia apabila memiliki perasaan ingin dipunyai dan dihargai oleh orang sekelilingnya sama ada daripada keluarga, rakan-rakan mahupun masyarakat, dan perkara inilah membuatkan seseorang itu memiliki motivasi dan berupaya bergerak lebih kehadapan dalam hidupnya. Perkara ini juga dipersetujui oleh ahli teori kaunseling barat seperti, Glasser yang mengatakan bahawa manusia itu makhluk sosial iaitu memerlukan orang lain dalam hidupnya.
Namun kita perlu ingat apa yang kita beri sama ada dalam bentuk kasih-sayang, penghargaan dan sebagainya kepada orang lain, tak semestinya orang itu akan membalasnya seperti apa yang kita mahu, contohnya, "saya mesti disayangi", kenyataan ini memperlihatkan bahawa orang yang kita curahkan kasih sayang perlu memberikan kepada kita sebagaimana yang kita berikan. Jadi, apabila berlaku disebaliknya kita akan berasa sakit hati dan kita telah meletakkan diri kita di dalam situasi 'masalah' ini kerana, kebiasaannya individu ini akan mula merasa sakit hati dan memendam perasaanya lalu menjauhkan diri daripada individu berkenaan.
Sudah tentu tidak, ia membuatkan individu berkenaan tertanya-tanya, "mengapa pula dia ingin menjauhiku", yang lebih parah apabila individu berkenaan jenis kurang peka dan sensitif mengenai perubahan yang berlaku dan tidak memandang perkara itu serius seperti. "mungkin dia ingin bersendirian".
Oleh itu, penjelasan amat penting dalam merungkaikan masalah dalaman seperti ini, hal ini kerana orang berkenaan tidak tahu apa yang kita fikirkan dan apa yang bermain dalam minda kita, jadi kita perlu berterus-terang, dan jangan malu untuk meluahkan, kerana apa yang ada dalam hati kita, hanya kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin sahaja orang itu akan sedar selepas kita membuat penjelasan kepadanya,
Namun begitu, dalam masalah perhubungan seperti orang tidak mahu berkawan dengan kita atau lebih parah lagi disisih oleh orang sekeliling. Kita perlu membuat muhasabah diri mengenai cara kita bergaul dan perwatakan kita dalam sosialisasi. tidak dapat dinafikan manusia itu unik dan mempunyai sifat yang pelbagai, namun dalam bermsayarakat kita perlu bijak untuk menyesuaikan diri dan mengawal keadaan sekeliling serta sentiasa membuat koreksi atau perubahan jika perilaku kita tidak sesuai.
Jadi, pada pandangan saya, bila kita menghadapi masalah-masalah dalam perhubungan, kita perlu bertoleransi dan bersedia untuk meluahkan dan bercerita mengenai perkara yang berlaku, dan seterunya bermuhasbah diri mengenai cara pergaulan kita, mungkin masalah itu berpunca daripada kita. Akhir kata, 'hatimu bukan hatiku' bermaksud, "saya tidak tahu apa yang awak fikirkan, kerana saya bukan diri awak".
Wallahu'alam, Sekian terima Kasih.
*via blog CM , thank you ^_^
*jika ada tambahan dan pandangan, sila tinggalkan di ruang komen.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete