Klik imej untuk gambar yang jelas |
TAHAP-TAHAP KAUNSELING
PRASESI
Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau
Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling.(Mizan &
Halimatun)
Persediaan merangkumi aspek:
(a) situasi di
mana khidmat kaunseling diberikan.
(b) jenis klien
(dirujuk atau datang secara sukarela.)
Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru
Bimbingan atau Kaunselor untuk memastikan sesi kaunseling berjalan lancar.
Sebelum sesi kaunseling dimulakan,kaunselor hendaklah:
- Menyediakan
borang yang berkaitan,contohnya borang maklumat latarbelakang murid,borang
temujanji, borang rujukan dan lain- lain.
- Maklumat
latarbelakang- umur,darjah,ahli keluarga, masalah ingin dibincang,rujukan
kes dll.
- Menyemak
diskripsi tugas klien.
- Menyemak
rekod- rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
- Menyediakan
tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.
MEMBINA HUBUNGAN
Shertzer dan Stone (1968) –
menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor
dengan klien sebagai hubungan bagi menolong.
Tujuan :
Tujuan :
- menimbulkan
kemesraan, keakraban, saling mempercayai , membina keyakinan
dan membentuk suasana selamat serta selesa antara kaunselor dan klien
- Membina
persefahaman yang baik
- Menyediakan suasana
yang harmoni dan menolong
Beberapa Perkara Yang Perlu Dititikberatkan
• Suasana
terapeutik
• Ruang
untuk berkomunikasi
• Penampilan
diri
• Ekspresi
muka
• Pertemuan
mata
• Cara
duduk dalam sesi kaunseling
• Pergerakan
tangan dan kaki
Menurut Sipora (2003), sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah pembolehubah penting, persekitaran fizikal yang kondusif, dilengkapi perabot dan susunan yang selesa adalah asas menggalakkan perhubungan. Kemesraan kaunselor akan menunjukkan minatnya, perhatiannya, kerelaa dan kesediaannya terhadap persoalan klien.
Pada tahap ini juga penstukturan digunakan bagi membantu klien mengetahui jangkaan sebenar mengenai kaunselor dan kaunseling dan memberitahu klien beberapa idea yang terlibat dalam metod dan tujuan kaunseling.

MENEROKA, ANALISIS MASALAH
Membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, kepercayaan, harapan, cita-cita, aspirasi, sikap, helah bela diri serta kemahiran coping yang digunakan
Membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, kepercayaan, harapan, cita-cita, aspirasi, sikap, helah bela diri serta kemahiran coping yang digunakan
Penerokaan perlu bergerak daripada permukaan (surface) ke
tahap yang mendalam
Tujuan:
• supaya
kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul
• membantu
klien menganalisis masalah dengan lebih objektif
• Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan kelemahan diri
satu perkara penting dalam tahap ini ialah, begitu banyak maklumat mungkin diperolehi, kaunselor perlu membawa klien meneroka satu masalah yang dirasakan penting secara lebih mendalam.

MENGENAL PASTI MASALAH
Tahap klien bersama kaunselor mencapai kesepaduan
mengenai masalah yang dihadapi oleh klien.
Klien menyedari kelemahan dan masalah yang dihadapi
selama ini.
Sipora (2003) menyatakan dua kemahiran utama yang digunakan oleh kaunselor dalam mengenalpasti persoalan adalah kemahiran mendengar dan meneroka.
Proses meneroka harus menekankan aspek kemahiran menyoal.

Pada tahap ini 2 tugasan mesti dilaksanakan iaitu:
- Matlamat
kaunseling telah sama-sama dipersetujui.
- Kaunselor
bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana serta apakah strategi
yang hendak digunakan
Kepentingan tahap ini ialah ia merupakan satu persetujuan
antara kaunselor dan klien mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Dengan
persetujuan ini, maka mudah bagi menentukan satu matlamat yang boleh merungkai
persoalan yang dinyatakan. Persetujuan ini akan menentukan halatuju kejayaan
klien.
MEMBINCANG ALTERNATIF
Alternatif
ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah yang
boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif hanya
dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan
dengan jelas. Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh
klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu di ambil.
Jelas di sini
bahawa dalam fasa membincangkan alternatif, memerlukan klien membuat keputusan
dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih. Matlamat kaunseling
perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata.
Walaupun demikian kehendak ini perlulah dipersetujui bersama. Tahap ini akan
menyediakan klien untuk merangka alternatif mengikut kemampuannya sendiri yang
mana ia akan merasa selesa dalam mengurus masalah yang dialami.
MENGAMBIL TINDAKAN
Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh
membantu klien dengan membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif
tersebut.
Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira
keupayaan klien untuk melaksanakan tindakan tersebut.
Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang
menimbulkan tekanan kepada diri klien untuk dilaksanakan.
MENAMATKAN SESI
Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. (Selepas
klien dapat menentu dan memilih alternatif yang dirasakan dapat mengatasi
masalah yang dihadapinya)
Penamatan dapat dilakukan apabila klien menunjukkan
tanda-tanda bahawa dia tidak lagi memerlukan kaunseling.
Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor menganggap
diri tidak lagi dapat membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor
merujuk klien kepada pihak lain.
Menurut Mizan (2002), semua sesi kaunseling perlu
ditamatkan. Penamatan dapat dibuat sekiranya klien merasakan sudah membuat
keputusan dan dapat menghadapi masalahnya berdasarkan tindakan yang telah
dibincangkan.
No comments:
Post a Comment