..Kehidupan ini dipenuhi dengan kasih sayang Allah dan
jangan lupa untuk memberi kasih sayang yang sama kepada setiap makhluk Allah
yang lain dan setiap orang yang kita jumpa. Tunjukkanlah kasih sayang dengan
ikhlas bukan hendak menunjuk-nunjuk kerana Allah mengetahui apa yang diniatkan
di dalam diri kita..
..Manusia yang berjaya dalam kehidupan ialah manusia yang
tahu apa yang diinginkan. Fokus di dalam sesuatu perkara dan matlamat anda..
..Setiap manusia menjalani kehidupan yang berbeza. Apabila fokus utama kita hanyalah kepada apa yang dinilaikan baik disisi Allah, maka buatlah apa yang kita mahu dan lakukanlah amalan seperti apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang maka hidup kita akan sempurna dan berjaya. InsyaAllah..
..Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita
kerana dialah yang m
embuatkan kita rasa tabah. Apabila orang sakitkan hati kita
dengan tidak bertegur sapa, maka kita patut bersyukur kerana sikapnya mengajar
kita erti ketabahan..
..Orang yang berjaya akan menjaga kesihatannya dengan
menjaga setiap apa yang dimakan. Seperti mana dia menjaga apa yang masuk ke
minda begitu jugalah apa yang masuk ke fizikal kita. Utamakan benda-benda yang
memberi manfaat positif kepada fizikal dan mental kita, agar hidup sentiasa
sihat sejahtera..
..Renungilah diri sendiri di dalam kehidupan seharian.
Adakah kita daripada golongan yang berfikiran positif ataupun negatif? Jika
negatif, maka ubahlah pemikiran kita ke arah positif kerana tindak balas kita
itu mencerminkan pemikiran yang akan membentuk kehidupan..
..Kebanyakan manusia suka berebut-rebut dalam perkara yang
mendatangkan keuntungan sehingga sanggup melakukan perkara yang negatif. Walhal
sekiranya mereka mengetahui, rezeki Allah SWT tersangatlah luas dan melimpah
ruah serta tidak akan habis..
..Muhasabah diri adalah perkara paling baik yang perlu kita
lakukan. Renungkan nasib diri dan lihat kehidupan kita sekarang. Segala sesuatu
yang kita perolehi sekrang adalah hasil daripada ketulusan pemikiran kita
sebelum ini..
..Kita selalu sangat fikir apa orang kata dan menjalani
kehidupan berdasarkan apa orang kata. Jangan biarkan apa orang kata
mempengaruhi kita..
..Kita makhluk Allah yang paling baik ciptaannya dengan
potensi besar dan pelbagai. Jika kita tidak berjaya mencapai sesuatu yang
diingini, bukan salah sesiapa tetapi pilihan yang kita buat setiap saat.
Niatkan hendak berubah dengan melihat sistem kepercayaan dan tabiat kita.
Selagi kita tidak mengubah perkara ini, hidup tidak akan berubah..
..Apa yang kita kedekut untuk memberi akan hilang dan apa
yang kita beri akan bertambah. Marilah niat supaya lebih murah hati esok hari
dan seterusnya, InsyaAllah..
..Tidak ada manusia yang tidak ada masalah kerana dunia ini
bukan syurga. Hanya di Syurga tidak ada masalah. Tugas kita ialah apa respons
kita terhadap masalah. Menjadi kewajipan orang beriman untuk tahu hikmah di
atas segala masalah..
..Cara kita melayan ibu bapa kita mempengaruhi cara anak
kita melayan kita. Maka itu, tunjukkan contoh yang baik, bagaimana sikap kita
terhadap ibu bapa kita. Sebab apa yang kita buat itulah yang kita dapat,
(ada-beri-dapat).
..Jom bahagia dan membahagiakan diri kita, keluarga dan
masyarakat sekeliling dengan perubahan paradigma hidup kita. Ikuti pelbagai
program dan seminar islamik, kemasyarakatan dan silaturrahim bagi mencari ilmu
memperbaiki kelemahan diri..
..Seorang wanita, jika ada lelaki yang sudi memperisterikannya,
dan mempunyai zuriat, sudah ada 'syurgalah' dalam hidupnya di dunia ini. Banyak
orang masih sibuk mencari 'syurga' di tempat lain kerana sentiasa berasa
hidupnya tidak lengkap. Manusia begini ialah manusia yang tidak pernah
mensyukuri nikmat Allah. Dalam hati dan mindanya sentiasa berlegar-legar
pelbagai persoalan yang tidak sepatutnya ditimbulkan dan dipertikaikan.
Kata-kata yang biasa lahir dari mulut manusia yang begini adalah kata-kata
negatif seperti 'kalau', 'sepatutnya' dan pelbagai lagi kata-kata negatif yang
tidak wajar dibiarkan bertapa minda dan bersemadi dihati..
..Percaya kepada kebolehan diri sendiri, hati yang sarat
prasangka perlu didamaikan, ketepikan bisikan yang mencakar sanubari menyuntik
hasad dengki, jeritan kegusaran laungan hati jangan dibiarkan bersarang dihati
berhari-hari, bisikan batin yang sia-sia jangan terbiasa..
amal suka dia!!! :(
ReplyDeleteamal follow sini okay
sy pun suka cara penyampaian dia..sgt keibuan hehe
Deletethanks amal, nti sy follow blik..
tq