Harimau yang lena?
apa tu?
A: dari segi bahasanya, harimau yang tengah tidur. Dari segi istilah pula, sensitiviti yang perlu di jaga.
Prinsipnya senang sahaja, jika kita sudahpun tahu mengenai sensitiviti seseorang itu sama ada melalui statusnya di moment wechat, twitter, mahupun facebook, dan orang berkenaan tidak menyukai sensitiviti itu disebut. Janganlah kita mengungkitnya dan menyebut perkara berkenaan dihadapannya, nanti buruk padahnya, sebab itu lah perbuatan itu diibaratkan kejutkan harimau yang lena.
Tambahan lagi, kebiasaannya individu itu akan mudah untuk melenting terhadap orang yang sudahpun mengetahui sensitiviti itu, dan tetap menyebut berkenaan perkara itu.
No comments:
Post a Comment