Blog ini merupakan blog rasmi Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling 1 (BNK 1) ambilan Januari 2013 selepas menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Blog ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama daripada rakan kelas yang seramai 22 orang iaitu seramai 7 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

Wednesday, 28 May 2014

Tips Kulit Cantik Berseri #1

    Sekarang ni bermacam-macam produk dan jenama yang keluar ada yang jenis krim pencuci muka,  kolagen, mask, pil, bedak dan sebagainya. Jika pergi ke kedai dan kedai kecantikkan, memang x larat nak belek satu-satu jenama produk yang ada. Tapi, percayalah apa yang saya nak beritahu, lagi-lagi yang mukanya masih belum tumbuh jerawat dan sebagainya terutama adik-adik yang berada kat sekolah tu. Sebenarnya, kalau dari awal lagi anda tak pakai produk-produk tu, kulit anda akan kelihatan lebih cantik a.k.a flawless.
     Persoalannya?? kalau tak pakai produk-produk tu, nak cuci muka pakai apa??
Jawapannya, anda boleh cuci muka hanya dengan menggunakan air sahaja, kalau nak buat rawatan sekalipun, gunalah bahan-bahan dari tumbuhan dan buah-buahan yang tidak ada bahan kimia macam tomata, daun pokok jambu batu, ubi sengkuang, lidah buaya, dan banyak lagi.
      Kenapa, tak digalakkan guna produk-produk dipasaran ya?
Pertama, mencegah itu kan lebih baik dari merawat, bila kita mula guna krim-krim tu, dah bermacam-macam bahan kimia dah masuk kedalam kulit kita, dan lagi bahaya bila kita bertukar-tukar jenis produk, ditambah lagi dengan persekitaran kita yang terdedah dengan udara yang mengandungi toksin-toksin, impaknya kulit kita akan kusam, berjerawat dan bermasalah. Kedua, kulit kita sudah ada kolagen dan bila kita menggunakan produk yang tak sesuai, kemungkinan kolagen itu akan hilang dan cara gosokan pada kullit yang kasar dan cara yang salah juga akan menyebabkan kulit kita kasar, pori terbuka, kulit tak sekata dan macam-macam lagi. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakkan insan-insan yang mempunyai kulit yang cantik, mereka sememangnya tidak menggunakan produk-produk ini.
     Jadi, kalau boleh elakkan lah. Kalau nak guna juga lagi-lagi kulit yang bermasalah, pastikan produk itu sesuai dengan kulit anda dan dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa produk.

p/s: Yang tak pernah guna lagi, jangan guna. ^_^

Iklaneka:
Klik sini untuk tempahan Tupperware & Like Page ya ^_^

Thursday, 17 April 2014

Jangan Kejutkan Harimau yang Lena

Harimau yang lena?
apa tu?

A: dari segi bahasanya, harimau yang tengah tidur. Dari segi istilah pula, sensitiviti yang perlu di jaga.

Prinsipnya senang sahaja, jika kita sudahpun tahu mengenai sensitiviti seseorang itu sama ada melalui statusnya di moment wechat, twitter, mahupun facebook, dan orang berkenaan tidak menyukai sensitiviti itu disebut. Janganlah kita mengungkitnya dan menyebut perkara berkenaan dihadapannya, nanti buruk padahnya, sebab itu lah perbuatan itu diibaratkan  kejutkan harimau yang lena.

Tambahan lagi, kebiasaannya individu itu akan mudah untuk melenting terhadap orang yang sudahpun mengetahui sensitiviti itu, dan tetap menyebut berkenaan perkara itu.

sekian..

Tuesday, 15 April 2014

Memori Mana Mak

Luangkan masa anda seketika untuk menghayati viedo ini. Semoga menjadi renungan kita bersama agar lebih menghargai mak dan ayah sementara mereka masih ada di dunia ini.


Sumber:  K-Shok Isma

Saturday, 22 March 2014

Selamat Bercuti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
firstly, tahniah kerana berjaya menjalani program pengalaman berasaskan sekolah.
Secondly, selamat bercuti (21/22-29 Mac)
Lastly, jangan lupakan assignment.. huhu


Thursday, 20 March 2014

Buatmu Guru

Setiap cerita tentu ada kisah disebaliknya, 
jadi, setiap masalah jangan dilihat sebagai satu masalah,
lihatlah disebalik masalah itu,
mungkin ada kisah disebaliknya yang perlukan perhatian.



Video: Kasut Kelopak Jantung & Kasut Buruk



Tuesday, 18 March 2014

Assignment


Walaupun berada di sekolah untuk PBS
Assignment tetap tidak dilupakan.

#DoakanMH370

Monday, 17 March 2014

Tinta Harapan Bangsa


Bila melihat wajah anak-anak ini
terbayang harapan dan pengorbanan kedua ibu bapa mereka
untuk melihat mereka menjadi insan yang berjaya.

Berusahalah murid-muridku
jangan pernah berputus asa
masa hadapanmu
terletak pada usahamu 
cikgu hanya mampu menolongmu.

p/s: Selamat Menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah Ke-3 (16/17-20/21 Mac 2014)
#pray4MH370