Blog ini merupakan blog rasmi Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling 1 (BNK 1) ambilan Januari 2013 selepas menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Blog ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama daripada rakan kelas yang seramai 22 orang iaitu seramai 7 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

Wednesday, 28 May 2014

Tips Kulit Cantik Berseri #1

    Sekarang ni bermacam-macam produk dan jenama yang keluar ada yang jenis krim pencuci muka,  kolagen, mask, pil, bedak dan sebagainya. Jika pergi ke kedai dan kedai kecantikkan, memang x larat nak belek satu-satu jenama produk yang ada. Tapi, percayalah apa yang saya nak beritahu, lagi-lagi yang mukanya masih belum tumbuh jerawat dan sebagainya terutama adik-adik yang berada kat sekolah tu. Sebenarnya, kalau dari awal lagi anda tak pakai produk-produk tu, kulit anda akan kelihatan lebih cantik a.k.a flawless.
     Persoalannya?? kalau tak pakai produk-produk tu, nak cuci muka pakai apa??
Jawapannya, anda boleh cuci muka hanya dengan menggunakan air sahaja, kalau nak buat rawatan sekalipun, gunalah bahan-bahan dari tumbuhan dan buah-buahan yang tidak ada bahan kimia macam tomata, daun pokok jambu batu, ubi sengkuang, lidah buaya, dan banyak lagi.
      Kenapa, tak digalakkan guna produk-produk dipasaran ya?
Pertama, mencegah itu kan lebih baik dari merawat, bila kita mula guna krim-krim tu, dah bermacam-macam bahan kimia dah masuk kedalam kulit kita, dan lagi bahaya bila kita bertukar-tukar jenis produk, ditambah lagi dengan persekitaran kita yang terdedah dengan udara yang mengandungi toksin-toksin, impaknya kulit kita akan kusam, berjerawat dan bermasalah. Kedua, kulit kita sudah ada kolagen dan bila kita menggunakan produk yang tak sesuai, kemungkinan kolagen itu akan hilang dan cara gosokan pada kullit yang kasar dan cara yang salah juga akan menyebabkan kulit kita kasar, pori terbuka, kulit tak sekata dan macam-macam lagi. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakkan insan-insan yang mempunyai kulit yang cantik, mereka sememangnya tidak menggunakan produk-produk ini.
     Jadi, kalau boleh elakkan lah. Kalau nak guna juga lagi-lagi kulit yang bermasalah, pastikan produk itu sesuai dengan kulit anda dan dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa produk.

p/s: Yang tak pernah guna lagi, jangan guna. ^_^

Iklaneka:
Klik sini untuk tempahan Tupperware & Like Page ya ^_^