Blog ini merupakan blog rasmi Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling 1 (BNK 1) ambilan Januari 2013 selepas menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Blog ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama daripada rakan kelas yang seramai 22 orang iaitu seramai 7 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

Sunday, 3 November 2013

Annual Dinner 2PISMP B&K1 2013

ALOR SETAR- Seramai 19 orang pelajar kursus Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling-1 IPG Kampus Darulaman Jitra telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan 2013 di Restoran Berputar Seri Angkasa Menara Alor Setar. Majlis yang diadakan pada 2 November ini bermula kira-kira jam 8.30 malam setelah semua pelajar tiba di Menara Alor Setar. Selain daripada pelajar-pelajar ini, majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Mentor kelas mereka, Puan Zuraida Ahmad dan keluarganya. Namun, di atas sebab-sebab tertentu, Puan Zuraida tiba lewat sedikit di lokasi. 

Majlis pada malam berkenaan juga telah diserikan dengan kehadiran kumpulan muzik yang menyanyikan pelbagai lagu yang sangat menghiburkan. Pada kemuncak majlis, makan malam ini diserikan dengan aktiviti bergambar untuk kenang-kenangan, bertukar-tukar hadiah dan penyampaian anugerah, anugerah ini diadili berdasarkan undian yang diadakan sebelum atucara penyampaian anugerah. Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan, iaitu, Anugerah Retiss Of The Year, Anugerah Syok Sendiri, Anugerah Intergriti dan Anugerah Kaki Bodek. Hasil keputusan undian, Mohamad Firdaus telah mengungguli dua anugerah pada malam berkenaan, iaitu Anugerah Syok Sendiri dan Retiss Of The Year, manakala dua anugerah lagi dimenangi oleh Siti Aisyah bagi kategori Kaki Bodek dan Ahmad Rafizy bagi kategori Intergriti. Anugerah-anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua kelas dan penolong ketua kelas ketika itu iaitu, Candy Lam Kah Hui dan Kong Yee Mun. Pemenang-pemenang telah membawa pulang tengkolok yang tertera kategori yang dipertandingkan dan cenderahati. Seterusnya, bagi acara kemuncak diadakan pula majlis serah kuasa ketua kelas dan penolong ketua kelas kepada penyandang pada semester akan datang iaitu Lau Yi Yu dan Vivian Oo. Majlis ini berakhir kira-kira jam 12 pagi setelah selesai semua atrucara dan bergambar di perkarangan pagar utama Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah. 


Laporan Bergambar

Tiba di Menara Alor Setar

Keluarga Puan Zuraida



















Majlis Makan Malam Bermula & Penyampaian Anugerah





























Ketibaan Puan Zuraida Ahmad




Kategoti Anugerah


Bergambar Di Menara & Perkarangan Pagar Utama Istana

Restoran Berputar Seri Angkasa Menara Alor Setar

Istana Anak Bukit

Pemenang-Pemenang Anugerah:

Mohamad Firdaus :
 Anugerah Retiss Of The Year & Anugerah Syok Sendiri

Siti Aisyah:
Anugerah Kaki Bodek
Ahmad Rafizy:
Anugerah Integriti




















Disediakan Oleh: Nik Syateer

Saturday, 2 November 2013

TONIGHT FOR THE FIRST TIME; ANNUAL DINNER BNK1

MEJA 1 : As-Solihin [cseng, daus, fizy,hilmi, hasif,hazim, pue]
MEJA 2 : Pn Zu & Keluarga
MEJA 3 : Adik Manis ; vivian, shua, candy, michelle, mpeng, manjoo, jo ann
MEJA 4 : Geng c*#47 : lay yi yu, kong yee mun, jenny, aisyah, tira, ati
JANGAN LUPA BAWA BERSAMA HADIAH utk SESI TUKAR2 HADIAH !





Monday, 28 October 2013

Tak Sabar Pulak

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah 5 semester kami bersama di teratak IPG Darulaman ni. Macam-macam perasa kami kecapi bersama, ada yang terus kedepan, ada yang rebah dan bangkit kembali, ada juga yang rebah lalu tersungkur, dan ada juga yang ala-ala menari sekejap kedepan sekejap mengundur.

Tak dapat dinafikan juga, pelbagai kejayaan  kami rasai bersama dan pada 2 November ini, buat sekian kalinya kami akan mengadakan malam "Annual Dinner". 
Semoga majlis itu nanti semeriah yang digambarkan, maklumlah tempah satu ruang untuk kami sahaja, siap ada live band lagi.

Dan yang eklusifnya kami akan adakan di restoran berputar Menara Alor Setar. Yang ni membuatkan hati menjadi tak keruan walaupun minggu depan kami dah nak exam dah.

Apa-pun semoga dengan ada majlis seperti ini, ukhuwah yang sudah lama terjalin akan semakin erat, bukan atas nama kerja semata-mata malas atas nama cinta sebuah keluarga.

Akhir sekali, doakan kejayaan kami dalam menempuhi peperiksaan nanti (6-14 Nov. 2013) . 
Sekian, Wassalam.


Saturday, 12 October 2013

Renungan Bersama ^_^

Raja Shamri
p/s: Jangan bebankan diri sendiri
face and solve it

Wednesday, 2 October 2013

Pesan Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah

Alhamdulillah sebentar tadi saya berpeluang untuk meluangkan masa untuk bertanyakan soalan kepada Dato' Fadzilah Kamsah dan beliau ada berpesan kepada saya agar mengamalkan:
  • Doa Pembuka 12 Pintu, 
  • Doa membuang sifat negatif
  • Bismillah 5
  • Ayat Qursi
Menurut beliau, pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka:
  • orang bujang akan bertemu jodoh, 
  • suami isteri akan bertambah sayang,
  • orang bergaduh akan jadi damai, 
  • selesai masalah, 
  • langsai hutang, 
  • anak-anak jadi hebat dan soleh, 
  • hilang perangai buruk seperti enggan solat, 
  • malas belajar, dsbnya. 
Doa-doa berkenaan ada di FAN PAGE beliau :https://www.facebook.com/fadzilahkamsah : Album Doa Harian (<-- klik)

Dato' ada juga berpesan agar, "Setiap kali nak masuk rumah,pesan kepada semua ahli keluarga you untuk baca Bismillah 3X, senyum, beri salam & masuk degan melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM yang duduk atas pintu daripada masuk kepala you dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal atau ada masalah kejiwaan, malas belajar atau patah semangat, dsbnya."

Rasanya sudah cukup untuk kali ini, insyaALLAH jika ada masa yang lapang saya akan kongsikan lagi.
p/s: Selamat Beramal dan Jangan Lupa Kongsikan Kepada Insan Yang Tersayang
#Special Thanks To: Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Print Screen (klik untuk imej yang lebih jelas)

Monday, 30 September 2013

Lima langkah mengatasi gemuruh


Pernafasan
Lakukan pernafasan (tarik dan hembus) sehingga 30 kali. Pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat sebelum hembus keluar. Untuk memastikan nafas disedut, cuba gunakan tangan kanan untuk pegang bahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat.

Persediaan dan latihan
Jika anda takut untuk berucap buat persediaan apa saja yang berkenaan. Selepas itu boleh berlatih seorang diri di hadapan cermin. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak ramai. Jangan terlalu memikirkan mereka dan hanya berikan tumpuan kepada apa yang ingin disampaikan. Jika diberi masa dua bulan, jangan tunggu sehingga minggu terakhir. Lakukan yang terbaik!

Terima dengan tenang
Apabila ada rasa gemuruh, terima dalam keadaan tenang kerana ini adalah salah satu cara berlakunya tindak balas agar dapat buat yang terbaik. Anggap rasa gemuruh sebagai teman dan bukannya lawan. Dengan ini membuatkan anda akan dapat mengawal perasaan itu lebih mudah lagi.

Sematkan kata positif
Ulang kata-kata yang memberikan motivasi dalam diri agar anda bertambah yakin untuk melakukan sesuatu perkara. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri bahawa anda boleh.

Berdoa
Cara ini dapat memberikan anda rasa tenang dan semangat untuk melakukan sesuatu dengan jayanya. Banyak doa yang boleh diamalkan agar anda sentiasa dalam keadaan sejahtera ketika melakukan setiap urusan yang mencabar keupayaan mental dan fizikal.

Selamat Mencuba

Thursday, 26 September 2013

[Promo] Pameran Literasi Bahasa



Tarikh: 9 Oktober 2013
Tempat: Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman