Blog ini merupakan blog rasmi Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling 1 (BNK 1) ambilan Januari 2013 selepas menamatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Blog ini adalah hasil daripada usaha dan kerjasama daripada rakan kelas yang seramai 22 orang iaitu seramai 7 orang lelaki dan 15 orang perempuan.

Monday, 19 August 2013

Mahasiswa IPG Mengutuk Rampasan Kuasa Mesir

[Kenyataan Rasmi dari Mahasiswa Pendidik Institut Pendidikan Guru(IPG)]



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan ini, Kami, Gabungan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG selaku Pemimpin Mahasiswa Pendidik mewakili seluruh Mahasiswa pendidik IPG di seluruh Malaysia dengan ini mengutuk sekeras kerasnya pencabulan sistem demokrasi yang berlaku di Mesir.Tindakan keterlaluan tentera di bawah As Sisi dengan mengorbankan ribuan malah mencederakan ratusan ribuan rakyat yang tidak bersalah dan sepatutnya dilindungi dengan sewenangnya ditumpahkan darah seterusnya mengakibatkan peningkatan angka kematian berterusan merupakan salah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan jelas mencabuli hak asasi manusia!

Sebagai sebuah negara yang berpaksi kepada sistem demokrasi dan pemilihan pimpinan pemimpin melalui sistem pilihanraya , kami berharap Malaysia mula berdiri dengan gah dan seratus peratus menyokong Presiden Morsi memandangkan kepada pemilihan beliau yang mengikut kepada undang-undang dan prinsip demokrasi pilihanraya yang sah.Semoga Malaysia mula mewarnai landskap sistem demokrasi negara dengan mengambil tindakan sewajarnya dan terlibat secara langsung di dalam membantu menangani dan meredakan isu ini yang kian parah kerana ini bukan sahaja isu negara, bahkan satu isu yang berpaksi kepada ummah dan agama islam itu sendiri.

Kami menyeru kepada seluruh pihak yang terlibat untuk menyalurkan informasi secara berterusan dan telus kepada seluruh rakyat malaysia khususnya kepada pihak yang berwajib supaya setiap ruang dapat kita manfaatkan bersama .

Kepada seluruh pimpinan mahasiswa pendidik di seluruh Malaysia ,kami menyeru supaya mengiatkan usaha menyampaikan maklumat semasa dan terkini kepada seluruh mahasiswa pendidik samada berbentuk penulisan,perkongsian melalui media, seminar atau sebagainya yang dapat difikirkan dalam memastikan kelangsungan isu fundemental ini berterusan.

YANG DIPERTUA JPP IPGK berdiri sebulat kata dalam isu ini dengan semua para pemimpin mahasiswa yang berada di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti dan seluruh mahasiswa serta rakyat Malaysia supaya berterusan cakna dan prihatin terhadap isu ini.

-Intan surullaha yansurukum ...wayustabbit aqdamakum!-
Ayuh bersama mula melazimkan qunut nazilah di dalam setiap doa dan kita titipkan doa yang berterusan tanpa henti kepada seluruh saudara yang berada Mesir.Semoga Mesir dan negara-negara yang ditindas diberi kemudahan dan bantuan dari Allah Subhanahuwataala-AMIN!

M.ASYRAAF AZHAR NOR ADZMAN
YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM





BERSAMA MENYOKONG YDP GMPIPGK:

Institut Perguruan Perlis
Behor Pulai,
1000 Kangar,
Perlis

Institut Perguruan Darul Aman
Bandar Darul Aman,
6000 Jitra,
Kedah

Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Jln Kuala Ketil,
09200 Sungai Petani,
Kedah

Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
Bukit Coombe ,
11700,
Pulau Pinang

Institut Perguruan Tuanku Bainun
Mengkuang, Kubang Semang,
14000 S.Perai
Pulau Pinang

Institut Perguruan Ipoh
Hulu Kinta,
31150 Ipoh,
Perak

Institut Perguruan Islam
Beg Berkunci No. 214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi
Selangor

Institut Perguruan Raja Melewar
Jalan Sikamat,
Beg Berkunci No. 43,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Institut Perguruan Perempuan Melayu
Jalan Tun Fatimah,
Durian Daun,75400
Melaka

Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru,
Johor

Institut Perguruan Tun Hussein Onn
Km 7.75 Jalan Kluang,
Karung Berkunci 524
83009 Batu Pahat,
Johor

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Km 10,Jalan Padang Tengku,
27200 Kuala Lipis,
Pahang

Institut Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu

Institut Perguruan Sultan Mizan
Kg Raja (Kota Putera),
22200 Besut
Terengganu

Institut Perguruan Kota Bharu
Pengkalan Chepa,
16109 Kota Bharu,
Kelantan

Institut Perguruan Gaya
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu,
Sabah

Institut Perguruan Keningau
Beg Berkunci 11,
89009 Keningau
Sabah

Institut Perguruan Kent
Peti Surat 2,
89207 Tuaran,
Sabah

Institut Perguruan Tawau
KM 36, Jalan Balung,
Beg Berkunci No. 27,
91009 Tawau
Sabah

Institut Perguruan Batu Lintang
Jalan College,
93200 Kuching,
Sarawak

Institut Perguruan Rajang
96500 Bintangor,
Sarawak

Institut Perguruan Sarawak
Jalan Bakam,
98009 Miri,
Sarawak

Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Jln Datuk Mohd Musa,
Kota Samarahan,
94300 Kuching
Sarawak

Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa
Lembah Pantai, 59200
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia
Peti Surat 5002,
59990 Lembah Pantai,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Institut Perguruan Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Abdul Razak, 56000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Institut Perguruan Teknik
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Abdul Razak, 56000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia
Aras 7 & 8, Block Menara IPBA
Lembah Pantai, 59200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Sunday, 18 August 2013

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) a.k.a Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)


Selamat menjalani program PBS kepada seluruh mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1,2, dan 4 di seluruh Malaysia. Semoga melalui program ini kita memperolehi ilmu yang berguna untuk masa depan kita.

Tarikh PBS;

Kedah, Kelantan dan Terengganu : 18 Ogos 2013 - 22 Ogos 2013
Lain-lain negeri : 19 Ogos 2013 - 23 Ogos 2013

Saturday, 17 August 2013

Bengkel Gempur EXAM

Berita baik untuk anda!!!

Bengkel Gempur E.X.A.M.

Akan membantu anda (atau anak anda) mengatasi masalah:
  • Kurang yakin untuk peperiksaan
  • Kurang yakin dengan kemampuan diri
  • Buntu belajar disaat akhir
  • Malas

Coach: Zari Effendi 

Sila hubungi 019-5262 474 (Encik Khairul) untuk maklumat lanjut

Nota Sebaran

Makluman:
~Entri ini adalah satu perkongsian maklumat berkenaan apa yang diperolehi (admin), sebarang pertanyaan atau aduan sila rujuk pihak yang berkaitan.

Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya mewakili seluruh mahasiswa pend. Bimbingan & Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan seluruh warga IPDA khasnya.

Maaf Zahir & Batin.

Raikan Syawal ini dengan penuh keceriaan, kebahagiaan serta kasih-sayang bersama saudara-mara serta  kenalan. ^_^





[Admin]

Friday, 2 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Dan Sambutan Hari Lahir

Aktiviti: Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Hari Lahir Hazim & Man Joo
Tempat: Restoran Nibong Desa, Bandar Darulaman Jitra
Tarikh: 29 Julai 2013
Masa: 6.45 p.m.- 8.45 p.m. [LK]
Ahli Hadir: 21




Berbuka Puasa











Sambutan Hari Lahir Selepas Selesai Menjamah Hidangan Berbuka

Man Joo & Hazim



Bergambar Untuk Kenang-Kenangan





Semoga Aktiviti Seperti Ini Dapat Diteruskan Lagi Pada Masa Akan Datang. InsyaALLAH
& Semoga Persahabatan Yang Terjalin Sentiasa DiberkatiNya.

Sekian..

"Selamat Berpuasa"




Tuesday, 30 July 2013

Bakal guru perlu bersedia dengan pelbagai pengetahuan

KUALA LIPIS 23 Julai - Penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) diminta memasarkan diri dan bersedia dengan pelbagai pengetahuan serta kemahiran untuk memahami keperluan masyarakat sebelum memasuki alam perguruan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, kemahiran dan pengetahuan perguruan termasuk falsafah pendidikan merupakan antara platform meningkatkan kecemerlangan pelajar selari dengan acuan pembangunan modal insan di luar bandar.

"Saya berharap pengurusan IPG, pensyarah dan penuntut berkenaan dapat bekerjasama dengan penduduk luar bandar atau pedalaman termasuk Orang Asli untuk menerapkan kemahiran pembelajaran serta motivasi bagi memacu kejayaan pelajar.

"Inilah pengalaman sebenar apabila penuntut yang bakal bergelar pendidik nanti turun padang bersama penduduk untuk mengubah sikap masyarakat supaya peka sekali gus menyahut aspirasi transformasi pembangunan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penuntut (JPP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Lipis di Hotel D'Valley, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah IPGKTAA, Datuk Jaafar Idris; Timbalan Pengarahnya, Mohd. Nordin Abdullah dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dzulkarnain Mat.

Menurut Mustapa, latihan tersebut sentiasa berubah dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) baharu di samping kemahiran psikologi untuk menghadapi cabaran seperti kematangan dan sosial pelajar yang bermula di peringkat prasekolah.

Tambahnya, penuntut di institusi itu perlu memenuhi keperluan masyarakat setempat di daerah ini dalam memahami masalah pelajaran di luar bandar sebagai asas membentuk kepimpinan sebagai seorang profesional.

Katanya, kerjasama dengan IPG itu antara usaha dalam menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sejajar matlamat menjadi negara maju menjelang 2020.


Sumber: http://www.utusan.com.my/

ARKIB : 24/07/2013

Lepasan IPG diseru terus timba ilmu - Mohd. Said

JOHOR BAHRU 16 Julai - Seramai 189 graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim di sini, dianugerahkan Diploma Perguruan sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-45 institut tersebut baru-baru ini.

Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Mohd. Said Hasran berkata, beliau berharap mereka yang menerima diploma tersebut akan terus berusaha mencari ilmu meskipun sudah meninggalkan alam pengajian formal.

Menurutnya, dengan terus menimba ilmu dalam pelbagai cara diharap mampu memberi pengalaman yang tidak ternilai dalam usaha mendidik anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa akan datang.

"Dengan tamatnya majlis, maka sempurnalah sudah perjalanan graduan dalam menuntut ilmu dan saya berharap tidak terhenti di sini sahaja kerana banyak lagi yang boleh dipelajari mereka di luar sana.
"Tanda orang berilmu adalah pada watak dan adabnya dan bukan semata-mata pada sijil dan kelulusannya sahaja," katanya kepada pemberita dalam majlis konvokesyen tersebut yang diadakan di institut berkenaan di sini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru.

Mereka terdiri daripada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Dalam masa sama, Mohd. Said turut menyeru mereka menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sekali gus menjadikan sekolah sebagai 'tapak semaian' penting bagi memupuk perpaduan dan semangat integrasi nasional.

"Kejayaan menamatkan kursus yang dihadiri meletakkan martabat latihan perguruan ke tahap yang membanggakan. Jadi, saya berharap kejayaan tersebut dapat dijadikan pemangkin untuk mendidik anak bangsa yang cemerlang," katanya.

Beliau turut berharap IPG Kampus Temenggong Ibrahim akan terus unggul dalam melahirkan ahli profesional dalam bidang perguruan yang mempunyai wawasan dan daya inovasi berasaskan budaya ilmu serta etika kerja berkualiti dan berintegriti.


Sumber: http://www.utusan.com.my

ARKIB : 17/07/2013